Bebimora catat sejarah tersendiri

0
43
Intan Maziah bersama salah satu produk Bebimora yang dijual di Malakat Mall.

CYBERJAYA – Walaupun masih baharu di pasaran, jenama lampin pakai buang keluaran tempatan, Bebimora sudah berjaya mencatat kejayaan tersendiri apabila disenarai sebagai antara 23 jenama terbaik di Malaysia.

Menurut pengasas jenama Bebimora, Intan Maziah Ismail, kejayaan ini merupakan pengiktirafan terhadap kualiti dan dan mutu pembuatan lampin tersebut.

“Alhamdulillah, walaupun masih baharu di pasaran, kejayaan ini merupakan satu penghargaan dari pelanggan buat kami,” kata Intan Maziah dalam sesi Sokong Usahawan Kita (SUK), malam tadi.

SUK merupakan program bual bicara yang bersiaran secara langsung setiap hari yang disiarkan di laman Facebook Malakat Mall.

Kata Intan Maziah, jenama Bebimora yang dilancarkan pada pertengahan 2020 kini semakin mendapat tempat di hati ibu bapa yang mahukan produk terbaik buat anak-anak mereka.

Selain lampin pakai buang, antara produk yang terdapat dalam jenama ini termasuk losyen, minyak telon, dan terbaharu tisu basah (wet wipes).

“Sebagai contoh, lampin pakai buang kami, diperbuat daripada bahan bebas klorin, dan selesa dipakai oleh anak-anak.

“Begitu juga produk lain dalam jenama ini, yang diformulasi khusus bagi anak-anak supaya tidak membahayakan kesihatan mereka pada masa akan datang,” kata Intan Maziah lagi.

Menyorot kembali pada waktu jenama Bebimora dibangunkan, Intan Maziah berkata, pelbagai cabaran yang dihadapinya bukanlah sesuatu yang melemahkan semangatnya, kerana beliau sudah bertekad untuk membangunkan jenama barangan bayi keluaran Muslim tempatan.

“Sudah terlalu banyak produk jagaan bayi yang dikeluarkan oleh pengeluar asing, namun tidak ada produk dihasilkan oleh orang tempatan.

“Oleh sebab itu, saya melihat cabaran yang datang sebagai satu ujian, dan saya perlu hadapi kerana niat saya mahu mengeluarkan produk Muslim tempatan yang terbaik buat semua pelanggan,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here