
KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan menarik sokongan terhadap kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Muhyiddin yang merupkan Presiden Bersatu berkata, berkata, ia kerana Bersatu menyedari tumpuan dan keutamaan perlu diberi terhadap rakyat yang bergelut dengan pelbagai masalah ketika ini.
“Kita nakkan dalam keadaan pandemik Covid-19 ini… yang masa ini teruk (keutamaan perlu diberi kepada rakyat). Kalau tanya di sini siapa yang nak pilihan raya?.
“Jadi, walaupun dalam situasi yang orang kata tak berapa menyeronokkan tetapi kerana Bersatu memikirkan soal kepentingan rakyat, kepentingan negara (Bersatu tetap sokong kerajaan dan Ismail Sabri).
“Supaya rakyat jangan terkorban disebabkan langkah bodoh kita untuk bertindak seperti itu (tarik sokongan) hanya memikirkan kepentingan kita dan parti kita,” katanya dalam sidang media, hari ini.
Sebelum ini, ada dakwaan yang menyatakan Bersatu telah beberap kali mengugut mahu menarik sokongan kepada kerajaan.
Sementara itu, dalam sidang akhbar yang sama, Muhyiddin menjelaskan Bersatu belum membuat sebarang keputusan Datuk Zuraida Kamaruddin yang didakwa akan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).
Muhyiddin berkata, setakat ini Ahli Parlimen Ampang itu masih lagi anggota parti yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).
“Kita belum lagi dapat membuat apa-apa keputusan tentang kedudukan beliau walaupun banyak yang menyatakan beliau sudah menyertai parti lain. Setakat ini saya tidak dapat lagi (tahu) keadaan sebenar,” katanya.