
ISTANBUL – Selepas berjaya bertapak di Turkey, kini Kumpulan Malakat Eco dan Brainy Bunch dalam perancangan untuk meneroka peluang melebarkan perniagaan ke Itali.
Menurut Presiden Kumpulan Malakat Eco, Coach Mohd Fadzil Hashim, susulan itu pihaknya berhasrat untuk mengembangkan perniagaan kafe Tea Amo dan pusat pendidikan awal kanak-kanak, Brainy Bunch ke negara itu.
“Brainy Bunch Milan dan Tea Amo Milan?
Alhamdulillah! Semalam meeting dengan Tuan Awangku, Pengarah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di Itali, Switzerland, Turkey, Cyprus, Malta yang kini base di Milan, Itali.
“Meeting berlangsung di Tea Amo Cafe Istanbul bersama Puan Rosmiza dan Encik Afzal dari Matrade.

“Doakan Brainy Bunch dan Tea Amo dapat dibuka di Milan pada tahun ini,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebooknya hari ini.
Coach Fadzil yang kini bersama pasukannya di Istanbul dalam perancangan untuk mengembangkan lagi perniagaan syarikat itu di negara yang mempunyai 99 peratus populasi Muslim.

Terbaharu Kafe Tea Amo Istanbul dijangka dibuka di negara tersebut dalam masa terdekat ini.
Selain itu, pasukannya juga telah mengenalpasti lokasi untuk membuka cawangan pertama Brainy Bunch di Istanbul.