Buka sempadan negara, hanya PM boleh putuskan

0
34
HISHAMMUDDIN

CYBERJAYA – Hanya Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempunyai kuasa memutuskan sama ada sempadan negara dibuka sepenuhnya atau tidak.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kerajaan mengambil maklum syor yang dikemukakan Majlis Pemulihan Negara (MPN) berhubung pembukaan sepenuhnya sempadan negara pada 1 Mac ini dan ia akan dibincangkan sebelum dimuktamadkan.

Jelasnya, syor tersebut akan dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri atau mesyuarat bersama Jawatankuasa Khas Pemulihan Covid-19 sebelum keputusannya ditentukan oleh Perdana Menteri.

Kelmarin, Majlis Pemulihan Negara (MPN) mengesyorkan supaya sempadan negara dibuka sepenuhnya seawal 1 Mac ini tanpa keperluan kuarantin wajib.

“Sebenarnya, ini bukanlah sesuatu yang pelik dan (sebenarnya) boleh dijawab dengan mudah kerana di bawah Jawatankuasa Pemulihan Negara ini turut dianggotai oleh Menteri Kesihatan, Menteri Pertahanan, Menteri Kewangan dan ahli kuartet.

“Perkara biasa jika ada pihak yang cuba laga-lagakan kita namun apa yang boleh saya jelaskan, ahli MKN dan kuartet menteri adalah dianggotai individu yang sama.

“Cuma, di peringkat jawatankuasa pemulihan ini mereka tidak mempunyai mandat untuk membuat keputusan bagi pembukaan sempadan negara,” kata Hishammuddin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here