
Saya berada di Mudanya, (ibu kota pertama kerajaan Uthmaniyyah pimpinan Othman Ghazi) yang lebih kurang setengah jam perjalanan dari bandar Bursa, Turki. Saya dan keluarga akan tinggal di Turki. Kami akan kembali ke Malaysia pada bulan Mac. Tiga empat bulan di Malaysia, kemudian balik ke Turki.
Kini kami sedang set up Brainy Bunch di merata dunia. Kita set up base Brainy Bunch di Turki. Kami pilih Turki sebab dekat dan senang hendak travel. Napoleon Bonaparte (pemimpin Perancis) kata, kalau dunia adalah negara, maka Istanbul adalah ibu negara dia. Sebabnya jaraknya dekat dengan mana-mana tempat.
KAYA INI BUKAN DUIT SAHAJA
Hari ini saya nak bercakap topik bagaimana nak bantu sesama kita untuk menjadi kaya. Untuk ramai orang, kaya ini bermaksud kaya duit. Kaya adalah subjektif. Seseorang yang tiada hutang dan pendapatan RM200 hingga RM300 sebulan; dia sudah dikira kaya.
Bagi orang lain, ada yang berpendapatan RM10 juta sebulan pun tak kaya-kaya lagi. Walaupun subjektif, mari kita define lah. Kaya itu bererti tiada hutang riba, boleh mengamalkan perintah ALLAH dan ikut cara Nabi. Pada masa yang sama dia punyai pendapatan untuk melaksanakan kerja-kerjanya dan menikmati hidup dengan segala kecukupan.
Secara purata, menurut kiraan saya, minima pendapatan yang cukup, tak punyai hutang dan sebagainya ialah lebih kurang RM10,000 sebulan. Itu untuk orang biasa. Kalau nak lebih sikit, RM50,000 sudah mencukupi.
RM10,000 pendapatan bersih tanpa hutang riba, dah boleh melaksanakan perintah ALLAH. Jadi, jumlahnya kita kena ditentukan. Jika ada yang tak setuju dengan saya, misalnya RM100,000 baru cukup atau RM10,000 itu terlalu banyak, itu okey.
MENGAPA PERLU PASANG NIAT MEMBANTU?
Macam mana kita nak bantu sesama kita untuk mencapai pendapatan bulanan minima RM10,000 dan ke atas? Maknanya pendapatan yang rendah daripada itu adalah berada pada paras kemiskinan.
Memang ramai di antara kita yang hidup dengan pendapatan yang tak cukup. Sebab itu banyak benda yang tak dapat kita laksanakan. Jadi tips pertama untuk mendapat pendapatan itu ada pada tajuk di atas.
Innamal A’malu Binniyat (Tiap perbuatan itu bergantung pada niat) Tajuk itu ialah niat. Niat kita adalah hendak membantu sesama kita. Bukan kita seorang aje nak kaya, tapi sebab nak bantu kerana tidak sempurna iman seseorang Muslim itu jika dia tidak mencintai saudara kita sepertimana mencintai diri sendiri.
Key word nya ialah bagaimana kita nak membantu sesama kita. Kalau tak ada niat nak bantu sesama kita, maka tak layaklah kita mendapat pendapatan yang tinggi. Macamana kita nak risau, nak bantu saudara kita untuk mendapat pendapatan yang tinggi?
BERNIAT DISUSULI DENGAN TINDAKAN
Pertama adalah niat nak membantu. Kedua mestilah berniat juga untuk ambil tindakan untuk membantu. Ada orang sekadar niat sahaja tetapi tak bertindak. ‘Saya memang nak tolong orang. Saya kalau dah jadi jutawan, saya akan bantu orang jadi kaya raya.’
So dia hanya niat nak buat dan niat nak bantu. Kalau kita nak buat, tak payah tunggu kaya baru nak bantu. Kita boleh bantu terus. Selepas talk ini boleh bantu terus. Tapi, macam mana nak bantu orang lain?
Sebab bila kita ada niat, kemudian kita berusaha nak melaksanakan niat kita, maka insya-ALLAH DIA akan bantu kita untuk laksanakan tindakan kita. Sebab kita ini dinilai oleh tindakan, bukannya keputusan. Keputusan itu ALLAH yang tentukan.
Kadang-kadang kita usaha dan tak dapat. Tapi kadang-kadang tak buat apa-apa pun dapat sebab rezeki itu ALLAH yang bagi. Mula-mula niat nak bantu. Kedua, niat hendak bertindak dan sedia untuk bertindak.
MULAKAN DENGAN APA YANG ADA
Ketiga, bila kita nak bantu sesama kita, gunakan apa yang dah ada. Apa yang ALLAH dah bagi kepada kita itu adalah kekuatan kita. Kekuatan untuk bertindak. Selepas kita niat nak bantu, kita sedia nak bertindak dan ketiga, guna apa yang kita ada.
Jadi apa yang kita ada? Pendapatan kita, perbelanjaan kita, aset kita iaitu harta, kemahiran, pengetahuan, keluarga dan apa yang kita ada. Perbelanjaan pun adalah aset.
Sebab apa? Perbelanjaan itu kalau kita gunakan untuk bantu sesama kita, maka ramailah orang yang dapat dibantu. Masalah hari ini ialah kita tak gunakan aset yang kita ada untuk bantu sesama kita.
KITA BANTU ORANG, ALLAH BANTU KITA
Kita cuma gunakan untuk kita pakai sendiri aje. Yang dapat manfaat ialah diri sendiri. Kita tak bantu orang lain. Bila tak bantu orang lain, siapa pulak nak bantu kita? Kalau kita bantu saudara kita, ALLAH akan bantu kita. Kita tak nak ke ALLAH bantu kita?
Aset yang kita ada itu penting. Perbelanjaan yang kita ada adalah peluang yang paling mudah sekali. Kita belanja apa yang kita ada tetapi gunakan perbelanjaan itu untuk bantu orang lain.
KENAPA BANTU YANG TAK PERLU DIBANTU?
Sekarang ini kita bantu orang yang tak sepatutnya kita bantu. Kita bantu Starbucks, MacDonald’s, Uniqlo, Giant yang dah giant tu. Kita bantu Mark & Spencer, kita bantu Nike, Adidas dan Levi’s,
Kita bantu Tesco yang sekarang jadi Lotus’s. Mereka jadi Lotus’s sebab mereka bawa kepercayaan agama mereka. Kita bantu mereka tanpa rasa bersalah. Kita bantu Nestle, Coca-Cola. Dia orang tak mintak pun bantuan kita, tapi kita bantu juga.
Itu antara perkara yang simple. Kita bantu restoran mewah yang dah mewah. Yang dah kaya. Kawan kita yang baru buka gerai nasi lemak, jual kuih, kita tak bantu. Kita kata, ‘Alah, pandai-pandai dialah. Dia orang nak kayalah tu. Aku dah cakap dah, dia tak boleh berniaga.’
PENTINGNYA BANTU SESAMA KITA
Jadi ingat keywordnya, bagaimana kita nak bantu sesama kita. Apa sebab bila kita bantu sesama kita maka kita pun akan dibantu. Kenapa penting untuk kita bantu usahawan-usahawan kita. Sebab bila kita bantu usahawan kita dan mereka berjaya, dia mampu mempunyai pendapatan yang tinggi dan dia pula mampu memberi pendapatan yang tinggi kepada pekerja mereka.
Satu hari nanti pekerja-pekerja mereka mungkin anak-anak atau cucu-cucu kita. Mungkin juga keturunan kita yang mendapat pendapatan yang tinggi sebab kita bantu mereka jadi sebesar seperti Marks and Spencer, besar seperti Starbucks, seperti Old Town White Coffee atau seperti Secret Recipe.
Maka mungkin satu hari nanti anak kita, yang kita tak tahu lagi, mungkin saudara-mara kita pula yang dibantu. Membantu saudara kita itu seperti membantu kita juga. “Tidak sempurna iman seseorang itu hingga dia mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya sendiri.’
BELANJA PADA BARANG YANG BIASA
Pakat-pakatlah ramai-ramai pergi berbelanja di Malakat. Jadi keyword ialah guna apa yang kita ada. Benda yang kita ada ini semua orang ada. Semua orang kena beli gula, beras, gandum, ayam, daging dan ikan.
Barang-barang ini semua tak ada beza sangat dengan di Malakat Grocer. Harganya lebih kurang sama aje. Tapi kalau pergi ke Malakat kita berusaha membina ekosistem untuk siapa? Untuk anda semua.
Bukannya saya nak minta beli barangan di Malakat sahaja. Bukan. Bayangkan orang Islam di Malaysia berjumlah 16.5 juta. Purata satu keluarga ada 5 orang. Maknanya lebih kurang 3 juta keluarga. Kita ambil sahaja sejuta keluarga yang berusaha membantu usahawan-usahawan kita. Kita gilirkan, kalau ada seseorang yang buka kedai, kita cari 1,000 keluarga berbelanja di kedai itu.
IKUTI CARA BERBELANJA DI ZAMAN NABI
Katalah purata dia belanja satu keluarga berbelanja RM20 sekali makan. Kalikan dengan 1,000 keluarga dan 30 hari. RM20 kalikan dengan 1,000 keluarga, kita akan dapat RM200,000. Itu baharu 1,000 keluarga.yang digilirkan, kenapa tak boleh? Di zaman Nabi saw dulu hal ini telah dibuat.
Pada zaman Nabi, apabila pasar Islam dibuka, orang Islam semua berpindah ke pasar Islam. Sebab apa? Sebab akidah, sebab iman. Kedua, kerana kecintaan Ansar dan Muhajirin iaitu mencintai saudara mereka lebih dari keluarga mereka.
Itu perkara yang paling senang. Kita mesti ada niat dan ada tindakan. So kalau kita tak bertindak tetapi sibuk berkata kenapa masih tak kaya lagi, pasal apa aku buat tak jadi? Tanya balik, you berbelanja dengan siapa?
BUKTIKAN CINTA DENGAN TINDAKAN
You ada tak risau fikir? Ini risau fikir ekonomi. Of course ada risau fikir iman, risau fikir umat. Umat ramai yang tak solat. Bukan kerana mereka tak percayakan ALLAH tapi tak buat sepertimana kita percaya.
Nabi kata, kalau tak cinta saudara kita seperti cinta diri sendiri, maknanya iman tak sempurna lagi. Jadi, apa usaha kita? Apa yang membuktikan cinta kita sesama kita ialah dengan tindakan kita.
Jadi kalau kita tak bersedia untuk benda macam tu, ‘Dia sembang sebab nak suruh orang beli dekat Malakatlah tu. Alah, dia aje kaya.’
MENGAPA SAYA DI SINI?
Saya sebut banyak kali dah. Saya tak ada apa-apa keperluan. Kalau nak perlu apa-apa duduk di rumah aje di Malaysia macam orang lain. Kira duit. Tapi kita keluar. Ya ALLAH, banyak kerja dekat sini. Banyak kerja di Turki, Uzbek. Banyak lagi kerja di Malaysia.
Tapi di Malaysia dah ada team, insya-ALLAH. Di sini kami start balik.
BRAINY BUNCH DI TURKI
Dua hari lepas kami ke sebuah sekolah. Sekolah itu sekolah Islam. Tapi bila dia dengar cerita kita, dia nak upgrade seluruh sekolah menjadi Brainy Bunch.
Tapi dia nak buat secara berperingkat sebab dia nak tengok keberkesanan kita. Jadi doakan insya-ALLAH. Ustaz Aden akan jadi pioneer. Kita akan mulakan sekolah itu pada bulan September, insya-ALLAH.
Brainy Bunch International School di Bursa, Turkiye. Kami tak perlu labur apa-apa. Bangunan dah ada. Di sekolah pun ada hutan, sekolah cantik. Luar biasa.
JALAN YANG LURUS ITU ADALAH SHORTCUT
Semoga ALLAH kurniakan kita kefahaman. Kita mohon 17 kali dalam Fatihah, Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Kita mohon petunjuk jalan yang lurus. Jalan shortcut. Untuk apa? Shirathalladzina an’amta ‘alaihim.
Kita minta jalan orang-orang yang KAU telah berikan nikmat. Ini bukan jalan biasa-biasa. Ada orang kata, jalan nak masuk syurga. Betul. Tapi jalan nak masuk syurga tu dekat dunia atau dekat sana?
Nak masuk syurga kena bermula di dunia dan berakhir di Syurga. Itu yang kita minta pada ALLAH, iaitu jalan orang-orang yang KAU beri nikmat. Nikmat iman ini bukan syok sendiri. Bukan perasaan hebat sebab dah solat dan buat zakat.
Jalan nikmat dunia ini ialah nikmat bila kita boleh bawa banyak orang ke jalan ALLAH mengikut cara Nabi. Caranya macam mana? Tak muruna bil ma’ruf watan hauna ‘anil munkar ” Caranya mudah. Kita ajak orang taat kepada ALLAH, maka ALLAH sayang kat kita. Cara nak ALLAH sayang kat kita ialah ikut cara Nabi saw.
DARI HAMBA MENJADI KHALIFAH
Bila ALLAH sayang kita, ALLAH jaga kita. Bila ALLAH jaga kita apa yang kita nak takut dengan dunia ini? Bila kita hamba kepada ALLAH, maka ALLAH akan naikkan kedudukan kita daripada hamba kepada khalifah-NYA.
Sebagai wakil dia untuk mentadbir muka bumi. Maka ALLAH akan perintahkan seluruh makhluk-NYA di dunia untuk taat kepada kita dan untuk mempermudahkan urusan kita sebagai khalifah dia. Semua kita boleh buat samada lelaki, perempuan, tua atau muda.
Tetapi mesti nak kena ada niat tu. Mesti nak ready dengan tindakan. Check balik kat dalam bilik mandi. Berus gigi siapa punya? Kita beli dari orang Islam ke atas dasar keimanan atau tidak. Benda simple aje.
Saya tak ada masalah dengan Nestle. Sekali sekala nak minum tak ada masalah. Ambil priority. Minum Coca-Cola bila tak ada pilihan. Nak makan MacDonald’s bolehlah sekali-sekala. Tapi belilah burger Otai juga, belilah Zamburger dan jugak burger lain kalau ada pilihan di tempat kita.
AIR MINERAL SAMA SAHAJA
Kalau tak ada pilihan atau jauh sangat, itu kita fahamlah. Air Dasani yang dimiliki oleh Coca-Cola dan air jenama Tebeng yang dimiliki oleh orang Islam kita, apa bezanya?
Sama aje, air kosong. Kita nak mulakan dengan tindakan bantu orang lain. Bila kita bantu orang lain, maka ALLAH akan bantu kita. Kalau kita mudahkan urusan saudaranya maka ALLAH akan mudahkan urusan dia.
Jadi kita kena ada risau fikir ni tuan puan yang mulia. Ingat, Nabi saw tak risau umatnya tak cukup makan, tak cukup harta. Tapi nabi saw risau umat dia masuk neraka.
Sebab apa kita tak kisah pun kawan-kawan kita masuk neraka? Kita sekalilah kemungkinan masuk neraka kalau kita teruskan perangai macam tu. Kilang iman adalah dakwah. Dakwah apa? Dakwah ajak manusia taat kepada ALLAH. Bukan sekadar taat ibadah.
ISLAM ATAU KRISTIAN AGAMA DAKWAH?
Saya tengok satu video, ada seorang pendakwah Bro Lim Jooi Soon bertanya adakah Islam ini agama dakwah atau Kristian agama dakwah? Bila saya tengok video itu saya rasa benar betul apa yang dia kata.
Jadi adakah Islam ini agama dakwah atau Kristian agama dakwah? Bila kita kata agama Islam agama dakwah, apa yang kita buat tuan puan yang mulia kalau dibandingkan dengan orang Kristian.
Saya ingat masa saya jaga arwah ayah saya di hospital Kuala Lumpur. Padri Kristian datang katil ke katil untuk menyebarkan dakwah. Selamba dia aje. Tapi bukan salah dia. Saya marah dia. Tapi, kita buat tak?
Berapa banyak kita buat? Sekarang banyak orang kita lemah sebab kita hentikan dakwah kita dan outsource dakwah ini kepada orang lain.
MENOLONG UNTUK KUATKAN UMMAH
Jadi macam mana nak tolong supaya sama-sama jadi kaya, apakah yang kita buat akan kita dapat balik secara langsung atau tidak langsung. Secara langsung mungkin kita jadi kaya. Secara tak langsung mungkin anak atau cucu kita menjadi kaya.
Membina ekosistem ini ada komponen-komponen individu, keluarga, masyarakat negara dan ummah. Dalam Islam ada ummah aje. So ummah ini hanya akan menjadi kuat bila asasnya kuat. Asasnya kuat sebab ekonominya kuat. Macamana asas ekonominya kuat? Kita kenalah bantu sesama kita.
Kita kena prioritikan. Check balik di dapur kita. Aku beli ni daripada siapa? Adakah aku beli ini jadikan belanja sebagai ibadah. Bagaimana nak jadikan ia ibadah? Niatkan setiap perbelanjaan kita untuk bantu umat kita menjadi kaya.
Supaya mereka dapat keluarkan zakat, pendapatan yang tinggi untuk staf-staf mereka supaya staf-staf mereka boleh bayar zakat. Jadi jom kita bantu sesama kita. Niatkan supaya mereka jadi kaya selepas itu bersedia untuk bertindak dan kemudiannya bertindak.
Ayuh kita mulakan tindakan hari ini juga dan besok, bukan akan datang. Hari ini kita pindah belanja kepada non-brothers kepada brothers. Dengan niat sebegitu ALLAH akan buka jalan kejayaan dunia dan akhirat kepada kita.
Sekian sahaja. Saya cinta awak kerana ALLAH dan sedia bantu kerana ALLAH juga.
Oleh: Coach Mohd Fadzil Hashim Presiden Kumpulan Malakat Eco