Covid-19: 21,315 kes baharu dikesan

0
8
Dr Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA – Sebanyak 21,315 kes Covid-19 baharu direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes negara kini berjumlah 3,061,550 kes.

Beliau berkata, daripada jumlah harian itu sebanyak 99.59 peratus yang bersamaan dengan 21,228 kes termasuk dalam kategori 1 dan 2.

“Sebanyak 87 kes (0.41 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima,” katanya menerusi hantaran di Facebook petang ini.

Mengulas lebih lanjut mengenai kes kategori tiga hingga lima, beliau berkata, 48 kes merupakan kategori tiga, 23 kes kategori empat dan 16 kes kategori lima.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here