
CYBERJAYA – Jumlah kes baharu Covid-19 negara terus menunjukkan peningkatan selepas 22,802 kes direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif di negara ini adalah sebanyak 3,019,163 kes.
Beliau berkata, daripada jumlah tersebut, 104 kes (0.46 peratus) kategori tiga, empat dan lima serta 22,698 kes (99.54 peratus) kategori satu dan dua.
“Mengikut pecahan, kategori satu sebanyak 5,029 kes (22.05 peratus), kategori dua sebanyak 17,669 kes (77.49 peratus) dan kategori tiga sebanyak 82 kes (0.36 peratus).
“Manakala kategori empat sebanyak 14 kes (0.06 peratus) dan kategori lima pula dengan lapan kes (0.04 peratus),”katanya.