Covid-19: Angka kes harian diumumkan keesokan harinya

0
36

CYBERJAYA – Angka kes harian Covid-19 tidak akan diumumkan secara berasingan setiap petang mulai esok, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Sebaliknya, angka tersebut akan dilaporkan keesokan harinya bersama angka-angka lain seperti kadar penggunaan katil, bilangan pesakit di unit rawatan rapi (ICU) dan jumlah pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.

“Bermula hari esok, tidak lagi diumumkan pada petang hari, ia akan diumumkan pada pukul 10 pagi keesokan harinya.

“Ini supaya kita boleh melihat data kes harian bersama-sama data lain seperti kadar kemasukan ke hospital untuk mengurangkan faktor ketakutan mengenai bilangan kes harian,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here