Demi akidah 3 anak mualaf, Pembela seru umat Islam turun ke Mahkamah Tinggi KL esok

0
206
Poster Pembela

CYBERJAYA – Orang ramai khususnya umat Islam diseru untuk turun beramai-ramai esok di Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi memberikan sokongan dan solidariti terhadap terhadap jabatan agama Islam dalam kes anak-anak mualaf Perlis yang sedang menjadi perhatian nasional ketika ini.

Menurut Pengerusi Pembela, Aminuddin Yahaya, kes tersebut sangat penting dalam mempertahankan akidah anak-anak tersebut memandangkan terdapat pelbagai pihak dan ahli politik mempertikaikan keislaman anak-anak tersebut.

Malah, katanya terdapat desakan agar anak-anak tersebut dimurtadkan semula semakin kuat walaupun mereka masuk Islam secara sukarela.

“InsyaAllah, esok saya akan turun ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk Pendengaran Habeas Corpus bagi kes anak-anak Mualaf Perlis yang sedang menjadi perhatian nasional ketika ini.

“Pihak ibu, melalui peguamnya telah memfailkan permohonan habeas corpus di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Kes Loh akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here