Dr Mahathir dibenarkan pulang – IJN

0
5
Tun Dr Mahathir Mohamad di samping isterinya, Tun Dr Siti Hasmah

CYBERJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.

Menurut IJN dalam satu kenyataan, Ahli Parlimen Langkawi itu dibenarkan keluar pada pukul 8.40 pagi tadi.

“Dr Mahathir baru-baru ini dirawat dan menerima rawatan di IJN. Beliau kini akan terus menerima pemantauan di rumah,” katanya hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, Dr Mahathir akan menerima rawatan susulan dalam masa terdekat ini.

“Dr Mahathir and Tun Siti Hasmah Mohd Ali juga mengucapkan terima kasih kepada doa semua sepanjang beliau menjalani rawatan di IJN,” katanya.

Semalam buat pertama kali gambar Dr Mahathir ditunjukkan menerusi laman Facebook beliau selepas mendapatkan rawatan di CCU IJN kira-kira dua minggu lalu.

Menerusi beberapa keping gambar yang dimuat naik, bekas Perdana Menteri itu mampu melakukan pelbagai aktiviti harian di samping Dr Siti Hasmah.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here