Enam termasuk bekas pembantu pegawai khas Exco ditahan SPRM

0
53
SPRM

GEORGE TOWN – Enam individu termasuk bekas pembantu pegawai khas Exco negeri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan tuntutan palsu berjumlah RM80,000 melalui program penjaja yang tidak dilaksanakan.

Menurut sumber, individu melibatkan tiga lelaki dan tiga wanita berusia antara 25 hingga 50 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Pulau Pinang petang semalam.

Penahanan itu bagi mendapatkan maklumat mengenai dakwaan mengemukakan butir matan palsu dalam satu kontrak pembekalan peralatan melibatkan enam syarikat sedangkan program tersebut tidak pernah dilaksanakan.

“Tiga individu ditahan di lokap SPRM Pulau Pinang dan akan dilepaskan dengan jaminan SPRM dalam tempoh 24 jam manakala tiga lagi akan dibawa ke Mahkamah Majistret Georgetown, Pulau Pinang esok (hari ini) untuk permohonan reman,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here