Erdogan positif Covid-19 varian Omicron

0
24

ISTANBUL – Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan memaklumkan dirinya dan isteri, Emine disahkan positif Covid-19.

Perkara itu dimaklumkan sendiri beliau menerusi satu ciapan di akaun Twitter miliknya, semalam.

“Hari ini (semalam) saya dan isteri disahkan positif Covid-19 dan kami berdua mempunyai menunjukkan beberapa simptom.

“(Dimaklumkan) kami dijangkiti varian Omicron,” kata Erdogan lagi dalam ciapan tersebut.

Erdogan, 67, memuat naik ciapan tersebut setelah merasmikan pembukaan sebuah terowong menerusi siaran video, setelah membatalkan kemunculannya secara fizikal.

Tambah Erdogan, beliau dan isterinya akan meneruskan tugas mereka dari rumah dan berterima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kesihatannya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here