Gangguan seksual, Ebit Lew didakwa di mahkamah

0
179
Pendakwah bebas, Ebit Lew

TENOM – Penceramah bebas, Ebit Lew, hari ini dihadapkan di mahkamah di sini, dipercayai bagi menghadapi 11 pertuduhan terhadapnya, termasuk berkaitan gangguan seksual.

Ebit, 37, tiba di Mahkamah Litar di Pejabat Daerah Tenom, di sini, kira-kira jam 9 pagi tadi dengan menaiki sebuah kereta Toyota Vellfire, ditemani sekumpulan individu lain, lapor Berita Harian.

Sementara itu, pekarangan Pejabat Daerah Tenom turut dikawal pihak polis sejak awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, turut dijadualkan membuat sidang media berhubung kes itu selepas selesai proses pertuduhan terhadap Ebit.

Difahamkan, Ebit kini berada di Sabah untuk menjalankan kerja amal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here