GAPENA sokong usaha PM martabatkan bahasa Melayu

0
10
ZAINAL ABIDIN

CYBERJAYA – Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) menyatakan sokongan penuh mereka kepada seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya perwakilan rasmi Malaysia menggunakan bahasa Melayu di acara rasmi di peringkat antarabangsa.

Ketua Satu GAPENA, Datuk Zainal Abidin Borhan berkata, seruan itu tidak lain adalah untuk
meletakkan kedaulatan, kemuliaan dan kedudukan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa.

“GAPENA amat mengharapkan para perwakilan rasmi Malaysia di peringkat antarabangsa khasnya pejabat
Pesuruhjaya Tinggi dan Kedutaan serta Konsulat Malaysia di seluruh dunia dapat memainkan peranan yang amat proaktif menyebar-luaskan proses
pengantarabangsaan bahasa Melayu,” kata Zaianl Abidin dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau menjelaskan, tindakan yang sewajarnya perlu dilaksanakan bagi menuntut ketegasan supaya semua warganegara Malaysia fasih berbahasa kebangsaan, kerana masih ramai juga warganegara Malaysia yang tidak fasih berbahasa Melayu walaupun ianya bahasa kebangsaan negara.

“Di negara sendiri bahasa Melayu didaulatkan (manakala) di peringkat antarabangsa ianya dimuliakan,” kata Zainal Abidin.

Keutamaan sekarang adalah usaha yang berterusan lagi berkesan mengantarabangsakan Bahasa Melayu.

Beliau turut mencadangkan supaya diwujudkan Bahagian Bahasa Melayu Antarabangsa di Dewan Bahasa dan Pustaka yang berfungsi seperti British Council.

“(Di samping itu) Jabatan Atace Pendidikan perlu diberi peranan untuk mempertingkat penyebaran tersebut, disamping diwujudkan jawatan guru bahasa di jabatan berkenaan,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here