Gelombang Omicron bukan ‘penafian’ Hari Raya

0
35
Khairy Jamaluddin Abu Bakar

CYBERJAYA – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini menafikan penularan gelombang Covid-19 varian Omicron sebagai alasan untuk ‘menafikan’ sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Beliau juga menidakkan tohmahan peningkatan kes akibat varian itu sebagai satu konspirasi yang sengaja diada-adakan.

Katanya, gelombang yang menyaksikan peningkatan kes naik secara mendadak itu bukan sahaja berlaku di negara ini tetapi di seluruh dunia termasuk di negara Eropah.

“Gelombang Omicron ini bukan sahaja di Malaysia sahaja, bukan konspirasi daripada ‘KJ’ (Khairy Jamaluddin) untuk menafikan Hari Raya nanti tetapi sesuatu yang telah kena kepada semua negara,” katanya dalam satu sidang akhbar khas petang ini.

Beliau berkata, peningkatan kes di negara ini yang berjumlah 10,089 kes semalam ‘selari’ dengan trend peningkatan di negara-negara lain.

“Singapura juga telah melaporkan lebih 13,000 kes baharu jangkitan Covid-19 pada 4 Februari 2022, tiga kali ganda berbanding hari sebelumnya.

“Korea pula melaporkan kes harian sebanyak 38,000 kes, Indonesia (33,000 kes), Thailand (10,000 kes), Filipina (7,000 kes), Australia (22,000) kes dan Jepun 102,000 kes,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here