Gelombang Omicron: PRN Johor diteruskan -KJ

0
37
PKhairy Jamaluddin Abu Bakar

CYBERJAJAYA – Kerajaan memutuskan untuk membenarkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang akan diputuskan kelak.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, Kementerian Kesihatan telah memuktamadkan pelaksanaan piliharan raya di negeri itu melalui syor SOP kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang akan dibawa kepada Suruhanjaya Pilihanr Raya (SPR).

Keputusan itu katanya dibuat selepas mengambil kira kesan penularan varian Omicron yang tidak begitu serius berbanding varian Delta.

“Memandangkan Omicron setakat ini tidak menunjukkan kesan yang sangat teruk seperti Delta dan semua data yang saya sebutkan tadi bahawa kesannya tidak seteruk Delta, maka PRN Johor boleh diteruskan tetapi dengan SOP yang akan diumumkan kelak yang telah dimuktamadkan drafnya oleh KKM pagi tadi,” katanya pada sidang media di sini, petang ini.

Pada 22 Januari lalu, Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad mengumumkan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam usaha menyelesaikan kemelut politik yang berlaku di negeri itu.

Pembubaran DUN dibuat selepas kerajaan Johor memiliki majoriti tipis iaitu 28 kerusi berbanding 27 di blok pembangkang.

Ini susulan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian yang juga bekas Menteri Besar, pada 21 Disember lalu.

Keputusan pembubaran DUN itu dibuat selepas cadangan Badan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here