Hanya 0.52 peratus berada dalam kategori 3, 4 dan 5

0
10
Dr. Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA -Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan sebanyak 73 kes daripada keseluruhan kes baharu Covid-19 berjumlah 13,944 berada dalam kategori 3, 4 dan 5.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu mewakili 0.52 peratus berbanding 99.48 peratus yang berada dalam kategori 1 dan 2.

“Daripada 13,944 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 73 kes atau 0.52 peratus terdiri kategori tiga, empat dan lima.

“Sejumlah 13,871 kes atau 99.48 peratus lagi kategori satu dan dua,” katanya melalui hantaran di Facebook hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, daripada lima tahap jangkitan Covid-19, jumlah pesakit tertinggi dikesan berada pada kategori 2 dengan 9,929 kes atau 71.21 peratus.

Menurut KKM, pesakit dalam kategori itu hanya mengalami gejala ringan dan tidak berdepan masalah radang paru-paru.

Jumlah pesakit kedua tertinggi pula adalah dalam kategori 1 iaitu tidak menunjukkan sebarang gejala.

“Bagi kategori itu, sebanyak 3,942 kes atau 28.27 peratus pesakit dikesan,” katanya.

Katanya, bagi tahap membimbangkan iaitu kategori empat dan lima masing-masing merekodkan 11 kes atau 0.08 peratus dan lapan kes atau 0.05 peratus pesakit.

“Untuk kategori empat, pesakit biasanya bergejala dan mengalami radang paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen, manakala kategori lima pula berdepan gejala kritikal dan memerlukan rawatan intensif di Unit Rawatan Rapi (ICU),” kata beliau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here