
CYBERJAYA – Kumpulan Malakat Eco hari ini melancarkan Program Pengedar TurkiyeBest khusus untuk pengguna di Malaysia menjana peluang pendapatan tambahan melalui pengedaran dan jualan produk Turkiye di Malaysia.
Presiden Kumpulan Malakat Eco, Coach Mohd Fadzil Hashim berkata, menerusi program tersebut setiap pelanggan juga boleh menjadi pengedar dalam satu masa dengan modal yang sangat rendah.
Beliau berkata, pelanggan juga tidak perlu membuat jualan terhadap produk berkenaan tetapi cukup dengan mempromosikan produk tersebut secara tidak langsung dalam kalangan orang terdekat.
“Masalah yang kita kenal pasti ialah kita hanya pengguna dan tak dapat apa-apa pendapatan melalui perbelanjaan harian di kedai-kedai atau pasar raya. Masalah lain ialah kita tak ada sumber pendapatan lain, selain itu, kita dapati orang kita ‘benci’ menjual, jadi kita datang dengan penyelesaian melalui program ini.
“Melalui program ini kita tawarkan promosi ‘early bird’ yang mana 1,000 pengguna awal boleh menjadi pengedar produk TurkeyBest dengan modal serendah RM1,000 sahaja tetapi jika hanya mahu menjadi pengguna atau ‘smart consumer’ mereka tidak perlu bayar apa-apa dan masih boleh menikmati diskaun apabila membeli barangan terbabit,” katanya ketika melancarkan program tersebut hari ini.

Coach Fadzil yang kini masih berada di Turkeye bagi tujuan perniagaan berkata, modal sebanyak RM1,000 itu bukan yuran pendaftaran tetapi merupakan kredit stor yang mana apabila barangan dari Turkeye tiba di Malaysia mereka boleh membeli apa juga jenis barangan untuk digunakan atau dijual.
Beliau berkata, lebih menarik menerusi program tersebut semua pengguna akan bermula di garis yang sama dan semua transaksi dibuat dengan telus dan adil.
Pada masa sama, katanya, mereka yang menyertai program itu juga boleh menikmati ganjaran bulanan berdasarkan jualan selain ditawarkan margin keuntungan sehingga 50 peratus berdasarkan produk yang dijual.
Dalam pada itu, katanya, perniagaan tersebut juga boleh dipindah milik kepada anak mereka selepas bersara.
“Mereka yang menyertai program ini hanya perlu fokus kepada mempromosikan produk sahaja dan akan mendapat pendapatan melalui jualan, bab yang lain seperti pemasaran, jenama, penghantaran, jaga stok, kewangan dan operasi kami buat.
“Saya tegaskan sekali lagi, ini bukan jualan tapi mempromosikan barangan ‘rare’ jadi tak susah. Untuk jualan secara berkumpulan yang mana ahli keluarga, alumni atau kawan-kawan yang daftar di bawah anda juga akan mendapat manfaat.
“Untuk smart consumer pula tak perlu bayar apa-apa dan boleh menjana pendapatan melalui cashback atau jualan daripada margin jualan,” katanya.
Sementara itu, katanya, produk yang akan dibawa ke Malaysia ialah produk harian ‘fast moving consumer goods'(FMCG), perabot, tilam, WC atau tandas patuh syariah seperti Jepun tetapi boleh menggunakan air dan barangan elektrik.
“Saya hairan apabila di Malaysia ada servis sewa tilam tetapi tak apa nanti kita akan buat program beli sekarang dan bayar kemudian.
“Daripada kita bagi negara ‘K’ kaya baik kita bagi negara T kaya dan pada masa kita dapat pendapatan juga,” ujarnya.
Sehubungan itu, katanya, mereka yang berminat menyertai program tersebut boleh mendaftar di pautan Http://bit.ly/TurkiyeBest_Distributor.
Katanya, sekiranya ada pertanyaan lanjut boleh menghubungi Mesengger Facebook Malakat Mall.