Hari pertama Vesparudin berlangsung meriah

0
39
Affandi (kanan) bersama Wan Kamarul Azran semasa merasmikan Program Vesparudin: The Retro Rendezvous di Malakat Mall, hari ini.

CYBERJAYA – Penganjur Vesparudin: The Retro Rendezvous yang berlangsung di Malakat Mall hari ini, amat berpuas hati dengan sambutan orang ramai terhadap program yang julung kali diadakan itu.

Penyelaras Acara Kumpulan Malakat Eco, Noor Herdawaty Zakaria berkata, sambutan yang diterima daripada peserta dan pengunjung adalah amat menggalakkan.

Wan Kamarul Azran tiba di Malakat Mall bagi merasmikan program Vesparudin dengan menaiki motosikal polis berkuasa tinggi sambil diiringi oleh anggotanya.

“Kita dapat lihat sendiri, program ini berjaya menarik ramai peserta dari pelusuk negara.

“Ada peserta kereta ‘Mini Cooper’ yang sanggup datang dari Pulau Pinang dan Terengganu, semata-mata untuk mempamerkan kenderaan mereka. Saya amat berterima kasih kepada mereka kerana turut sama memeriahkan program ini,” kata Herdawaty ketika ditemui, sebentar tadi.

Program yang bermula seawal pukul 8 pagi itu dimulakan dengan acara Zumba bertempat di ruang bumbung Malakat Mall, dan diadakan khusus buat golongan wanita sahaja.

Program Vesparudin kemudiannya diserikan dengan kehadiran Ketua Polis Daerah (IPD) Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof yang turut merasmikan program berkenaan.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Malakat Mall, Affandi Hamzah; dan Presdien Kelab Vespa Malaysia, Danni Saadin.

Esok, program Vesparudin akan diserikan lagi dengan penganjuran ‘treasure hunt, dan juga kemunculan khas grup Gerhana Ska Cinta.

“Jadi, saya menyeru kepada semua pengunjung supaya turut sama memeriahkan hari kedua Vesparudin esok.

“Selain pameran kenderaan retro dan segmen persembahan, kita turut mengadakan ruang jualan yang disertai oleh pelbagai pengusaha makanan dan barangan yang menarik buat anda semua. Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk merasai sendiri kemeriahan Vesparudin esok,” kata Herdawaty lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here