Istilah ‘payung emas’ berlandaskan hadis palsu – Dr. Zulkifli

0
41
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

CYBERJAYA – Istilah ‘payung emas’ yang dikatakan diberikan kepada wanita yang membenarkan suaminya berpoligami sebenarnya berlandaskan kepada hadis palsu.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, hukum atas sesuatu perkara tidak boleh ditetapkan berdasarkan zahir semata-mata namun perlu melihat kepada maslahat perkara itu.

“Begitu juga dengan poligami. Terkadang ia menjadi perlu dan terkadang tidak perlu bahkan boleh jadi menzalimi.

“Hukum poligami itu sendiri boleh jadi harus, sunat dan haram,” jelas beliau dalam ciapannya hari ini.

Zulkifli berkata demikian bagi menjawab pertanyaan seorang wanita mengenai dakwaan isteri akan ke neraka kerana menentang poligami yang dikatakan sunnah Rasulullah.

Beliau turut menjelaskan, tidak menjadi kesalahan bagi isteri untuk mempertikaikan keputusan suaminya untuk berpoligami dengan melarangnya atas sebab keperluan.

“Berbincang dengan baik, beri nasihat dan pandangan demi mengelakkan berlakunya kezaliman dan penindasan terhadap hak isteri dan anak-anak,” katanya lagi.

Sikap sebagai Muslim, jelas Zulkifli, adalah tidak menentang sebarang syariat Allah SWT dalam keadaan tertentu mengikut keperluan yang sudah pasti ada hikmahnya.

Namun katanya, sikap menggunakan agama untuk kepentingan individu sehingga mengabaikan hak-hak lain seharusnya ditolak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here