Isu Ebit Liew: PDRM di peringkat akhir lengkapkan kertas siasatan

0
17
EBIT LEW

KUALA LUMPUR – Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini sedang melengkapkan kertas siasatan gangguan seksual melibatkan pendakwah terkenal, Ebit Lew.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan, sebelum ini pihaknya sudah pun merujuk kertas siasatan tersebut ke Pejabat Peguam Negara (ACG) pada akhir tahun lepas.

“Bagaimanapun, AGC telah mengembalikan semula kertas siasatan itu kepada kami (JSJ) kerana memerlukan sedikit penambahbaikan dalam input siasatan.

“Kita akan segera menyelesaikan kertas siasatan berkenaan dengan penambahbaikan yang dikehendaki oleh Peguam Negara dan akan diserahkan semula kepada Pejabat Peguam Negara dalam masa terdekat,” kata Abd. Jalil di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas diminta mengulas mengenai perkembangan siasatan kes yang mambabitkan pendakwah tersebut.

Siasatan terhadap Ebit Lew, 37, dilakukan laporan polis dilakukan beberapa individu yang mendakwa menerima gangguan seksual daripada pendakwah itu.

Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pada 19 Ogos lalu, Ebit Lew muncul bersama isterinya ke Bukit Aman untuk dirakam keterangan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5) JSJ Bukit Aman berhubung penyebaran video gangguan seksual yang mengaitkannya.

Bagaimanapun, Ebit Lew menafikan dakwaan itu kepada dan menyifatkannya sebagai fitnah yang cuba menjatuhkan imejnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here