
CYBERJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan minyak Yu Yee yang popular dalam kalangan ibu bapa untuk digunakan pada bayi mempunyai sijil halal.
Perkara itu disahkan Jakim selepas menerima persoalan mengenai status halal minyak tersebut.
“Untuk makluman, minyak Yu Yee keluaran Weng Seng Heng Medical Factory Sdn Bhd merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga kini,” katanya.
Terdahulu tular tangkap layar daripada sebuah page yang memuat naik dakwaan seorang pengguna mengenai status halal minyak tersebut.
Dalam pada itu, Jakim meminta orang ramai melayari direktori halal Malaysia
https://www.halal.gov.my/v4/directory/slm_viewdetail.php?comp_code=COMP-20130716-121945&type=C&ty=CO untuk mendapatkan maklumat lanjut.

“Selaku agensi pensijilan halal, saranan pihak kami utamakanlah produk yang mempunyai Sijil Pengesahan/Logo Halal Malaysia atau Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh Jakim
“Ianya bukan sahaja dijamin halal, malahan toyyiban iaitu suci, bersih, selamat dan mengikut standard serta garis panduan halal yang telah ditetapkan,” katanya.
Sementara itu, menurut kenyataan itu, untuk mengetahui logo halal luar negara yang diiktiraf oleh Jakim boleh layari orang ramai boleh melayari laman web http://bit.ly/LogoHalalLuarNegara
www.halal.gov.my.