
ORANG kata berniaga pada zaman sekarang tidaklah sesukar mana. Modalnya hanya perlu ada produk dan media sosial. Tapi adakah realitinya semudah itu?
Benar, jika anda tahu teknik dan kaedahnya. Namun kajian mendapati ramai usahawan tidak kira sama ada yang baharu atau lama, menganggap dunia pemasaran digital sebagai sesuatu yang remeh dan boleh dilakukan dengan mudah.
Lebih malang lagi, tanpa ilmu dan pengurusan yang betul, ramai yang terjerumus dengan ‘pelaburan’ pengiklanan media sosial yang tidak menguntungkan.
Itu belum dikira mereka yang sanggup berbelanja secara semborono tanpa memikirkan di mana dan ke mana hala tuju mereka di media sosial.
Dalam dunia pemasaran digital yang serba kompleks hari ini, ramai yang tersilap langkah sehingga akhirnya menyerah kalah kepada alat dan platform yang cukup bermanfaat itu.
Menyedari keperluan tersebut, QnZ Creatives tampil dengan perkhidmatan penghasilan video untuk membantu usahawan menarik perhatian pelanggan sekaligus menukarkan ‘pelaburan’ mereka ke dalam bentuk jualan.
Co-Foundernya, Farah Neo berkata, ‘kempen’ di platform digital itu bagaimanapun tidak semudah yang disangkakan kerana memerlukan kefahaman terperinci untuk mendapatkan hasil yang optimum.
Dalam selok-beloknya, usahawan perlu memahami kegunaan dan keperluan sesuatu konten video, jenis-jenis platform yang sesuai digunakan, jenis persembahan video dan pelbagai pantang-larangnya.
“Dalam dunia pemasaran digital, kita ada bermacam-macam jenis video dari video pemasaran, penjenamaan, korporat dan sebagainya.
“Di QnZ Creatives, kami memberi penekanan kepada penghasilan video jualan (sales video) kerana ia adalah ‘resipi’ pemula untuk menarik jualan.
“Tidak dinafikan ada yang sanggup berbelanja puluhan ribu ringgit untuk menghasilkan video promosi tapi tidak memberikan pulangan dalam bentuk jualan kerana tidak faham fungsi dan keperluannya,” ujar beliau.

Justeru katanya, setiap pelanggan (usahawan) yang mendapatkan servis daripada syarikatnya akan diberikan pemahaman secukupnya mengenai apa yang diperlukan termasuk tip dan trick untuk berjaya.
“Hasrat saya ketika mula-mula menawarkan servis ini adalah untuk berkongsi pengetahuan supaya orang ramai tidak tersilap langkah dengan ‘pelaburan’ yang tidak berkesan di media sosial.
“Selain menawarkan khidmat penghasilan video, fotografi dan copywriting yang bersesuaian mengikut bajet pelanggan, kami juga menawarkan khidmat rundingan secara percuma,” tambahnya.
Selain itu, pemerhatian beliau juga mendapati kebanyakan usahawan tidak melakukan kajian produk untuk mengenal pasti kumpulan pelanggan yang berpotensi, kesesuaian platform media sosial dan aspek-aspek teknikal dalam pengiklanan digital.
“Ada yang sanggup berbelanja besar dengan menggajikan pasukan video semata-mata untuk menghasilan konten tapi tidak dinasihatkan secara pakar.
“Sedangkan bajet tersebut boleh digunakan secara lebih berkesan melalui servis seperti yang kami tawarkan,” katanya yang sudah menyediakan perkhidmatan kepada lebih 700 pelanggan sejak bertapak kira-kira enam tahun lalu.


Menariknya, Farah juga menawarkan diri untuk tampil mewakili produk dan servis pelanggan sebagai jurucakap atau model dalam konten yang dihasilkan.
“Sepanjang enam tahun dalam bidang ini, saya dapati ramai usahawan yang tidak berani untuk ke depan atau bercakap di depan kamera.
“Jadi saya sendiri tawarkan diri untuk menjadi ‘wakil’ kepada produk mereka dengan harapan dapat membantu produk mereka tampil lebih menarik,” katanya yang memulakan perniagaan bersama suaminya, Zamhary Hussin.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan yang ditawarkan QnZ Creatives boleh melayari laman Facebook
https://www.facebook.com/qnzcreatives.