Jawatan Premier untuk ketua menteri Sarawak bukan untuk bermegah

0
17
Abang Johari Tun Openg

MIRI – Keputusan Sarawak meluluskan pertukaran jawatan Ketua Menteri kepada Premier bertujuan untuk membezakan status Sarawak dengan negeri-negeri lain dalam Persekutuan.

Ketua Menteri, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, tindakan itu juga bukan satu langkah untuk bermegah-megah.

“Kerajaan negeri berpendapat bahawa gelaran ketua kerajaan Sarawak perlu berbeza dengan negeri-negeri lain dalam Persekutuan.

“Ia bukan tindakan untuk mengagungkan diri sendiri atau untuk berbangga.

“Keputusan itu juga bukan untuk saya tapi untuk kerajaan Sarawak,” katanya pada majlis Tahun Perpaduan Persekutuan Persatuan-Persatuan Cina Sarawak di sini, semalam.

Dewan Undangan Negeri Sarawak pada 15 Februari lalu meluluskan Rang Undang-undang Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022 untuk menukar gelaran jawatan Ketua Menteri kepada Premier dengan majoriti lebih dua pertiga ahli dewan menyokongnya.

Dalam pindaan itu, gelaran Menteri Muda yang digunakan di negeri itu ditukar kepada timbalan menteri.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan negeri, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah yang membentangkan rang undang-undang tersebut berkata, pindaan gelaran jawatan Ketua Menteri kepada ‘Premier’ itu hanya akan berkuat kuasa selepas diwartakan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here