
RABAT – Jenazah kanak-kanak berusia lima tahun, Rayan Aourram selamat disemadikan di kampung halamannya di utara wilayah Chefchaouen, Maghribi, semalam.
Beratus-ratus orang hadir untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Rayan yang terperangkap dalam sebuah perigi lama selama empat hari.
Tragedi menimpa Rayan menggemparkan seluruh dunia apabila kanak-kanak malang itu terjatuh ke dalam perigi sedalam 32 meter itu.
Usaha menyelamatkan Rayan terpaksa dilakukan dengan menggunakan jentera berat yang melakukan kerja-kerja mengorek di bahagian sisi lokasi Rayan terjatuh.
Bagaimanapun, Rayan meninggal dunia
selepas pasukan penyelamat berjaya membawanya keluar untuk memberikan rawatan lanjut ke hospital.
Difahamkan Rayan mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan termasuk kepala, patah tulang dan paru-paru dalam tragedi itu.