Johor negeri tertinggi penggunaan katil di ICU

0
8
Dr. Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA – Johor merekodkan kadar tertinggi penggunaan katil di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) iaitu sebanyak 70 peratus bagi kes pesakit Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu bersama 32 buah katil daripada 46 katil yang tersedia di wad berkenaan.

Beliau berkata, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula menjadi negeri kedua tertinggi dengan 64 peratus iaitu penggunaan 14 buah katil daripada 22 katil disediakan.

Ia diikuti Kelantan dengan kadar 50 peratus (18 daripada 36 katil).

“Kementerian Kesihatan (KKM) juga melaporkan peningkatan penggunaan fasiliti kesihatan membabitkan pesakit Covid-19 di katil bukan ICU dan ICU.

“Bilangan pesakit di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) pula menunjukkan penurunan, berbanding semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu Noor Hisham berkata, bagi katil bukan ICU, 10 negeri menunjukkan penggunaan lebih 50 peratus iaitu Selangor yang kini menggunakan 95 peratus diikuti Kelantan (93 peratus), Putrajaya (92 peratus), Perlis (90 peratus), Sabah (82 peratus), Johor (82 peratus), Kuala Lumpur (72 peratus), Perak (70 peratus), Pahang (55 peratus) dan Pulau Pinang (50 peratus).

“Lapan negeri iaitu Selangor (83 peratus), Terengganu (59 peratus), Negeri Sembilan (51 peratus), Perlis (51 peratus) dan Kelantan (51 peratus), menunjukkan peratusan pengisian lebih 50 peratus.

“Pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) meningkat kepada 130 pesakit dan peratusan penggunaanventilator kini pada paras 37 peratus,” katanya.

Menurut beliau, secara keseluruhan kapasiti fasiliti kesihatan di hospital awam masih boleh menampung kes Covid-19 dan bukan Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here