Jumlah kes Covid-19 pecah rekod baharu

0
35

CYBERJAYA – Malaysia merekodkan kes harian Covid-19 tertinggi dalam sejarah hari ini apabila sebanyak 27,831 kes dikesan di seluruh negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes tersebut adalah yang tertinggi sejak penularan wabak Covid-19 dikesan di negara ini.

“Sebanyak 27,734 kes (99.65 peratus) adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2 manakala sebanyak 97 kes (0.35 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5,” katanya dalam Facebook hari ini.

Untuk rekod, kes harian tertinggi sebelum ini direkodkan pada Ogos tahun lalu dengan 24,599 kes.

Infografik yang dikongsikan Dr, Noor Hisham hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here