
CYBERJAYA – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau nilai Rt yang direkodkan setakat semalam turun kepada 1.32 berbanding 1.33 sehari sebelumnya.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bagaimanapun nilai RT di semua negeri masih lagi berada di atas paras 1.0 dengan Wilayah Persekutuan Labuan merekodkan nilai tertinggi iaitu 1.96.
Katanya, Sarawak pula merekodkan nilai Rt kedua tertinggi dengan bacaan 1.56.
“Sabah (1.51); Pulau Pinang (1.41); Selangor (1.33); Johor (1.28); Kelantan (1.36) Melaka (1.21) WP Kuala Lumpur (1.30); WP Putrajaya (1.25); Negerri Sembilan (1.36); Kedah (1.40); Pahang (1.30), Perak (1.24); Terengganu (1.36); Perlis (1.35),” katanya dalam kenyataan di Facebook pagi ini.


Nilai Rt direkodkan mula melepasi nilai 1.0 di seluruh negara sejak minggu ekoran peningkatan kes Covid-19.
Semalam, merekodkan kes harian Covid-19 tertinggi dalam sejarah hari ini apabila sebanyak 27,831 kes dikesan di seluruh negara
Nilai R digunakan sebagai petunjuk untuk meramal jumlah yang mungkin dijangkiti. Semakin tinggi Nilai R, semakin ramai yang akan mendapat jangkitan.