Kadar Rt negara melonjak kepada 1.39

0
8
Dr Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA – Peningkatan mendadak kes harian di negara ini menyaksikan kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 melonjak sehingga 1.39 semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, peningkatan nilai Rt daripada 1.32 pada Isnin kepada 1.39 semalam juga menyaksikan semua negeri kini melepasi kadar Rt 1.0.

Berdasarkan infografik yang dikongsi menerusi Twitternya, Sarawak dan Perlis mencatatkan nilai Rt tertinggi iaitu masing-masing 1.68 dan 1.65.

Ia diikuti dengan Sabah (1.59); Terengganu 1.4); Kedah (1.36); Putrajaya (1.35); Pulau Pinang (1.34), Pahang (1.28); Johor (1.26); Selangor (1.25); Perak dan Kelantan (1.24); Melaka (1.2); Kuala Lumpur 1.18 dan Negeri Sembilan (1.14).

Jumlah kes harian Covid-19 negara melebih 5 angka sejak Isnin lalu dengan 13,944 kes dilaporkan semalam.

Nilai R digunakan sebagai petunjuk untuk meramal jumlah yang mungkin dijangkiti. Semakin tinggi Nilai R, semakin ramai yang akan mendapat jangkitan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here