Kadir Jasin ramal UMNO menang besar di Johor

0
27
Gambar hiasan Malakat Tribune

CYBERJAYA- Wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin menjangka kemenangan besar buat UMNO pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan pada 12 Mac ini.

Beliau berkata, antara faktor yang menyokong ramalan seperti yang berlaku di PRN Melaka itu adalah kelemahan parti lawan yang disifatkan sudah hilang arah dan berpecah-belah.

“Kalau jalan cerita PRN Melaka 20 November lalu boleh digunakan ke atas PRN Johor pada 12 Mac ini, UMNO akan menang besar. Bukan kerana UMNO kuat tetapi parti-parti lawan sudah hilang arah tujuan.

“Sementara itu, Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mungkin mengulangi kekalahan teruk di Melaka. PH dan PKR juga kalah teruk dalam PRN Sarawak 18 Disember lalu,” katanya dalam satu hantaran di Facebook beliau.

Beliau berkata, antara faktor lain termasuk kecelaruan penggunaan lambang dalam kalangan parti Pakatan Harapan (PH) yang akan mengelirukan pengundi.

PH dikatakan telah membenarkan PKR menggunakan lambang parti itu sendiri, manakala DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) pula menggunakan lambah PH.

“Maka atas sebab-sebab inilah UMNO saya nampak mempunyai kelebihan.

“Selain itu, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) pula akan membuat kemunculan sulung sejak didaftarkan 23 Disember lalu melalui kerjasama dengan PH dan PKR.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here