Kafe Tea Amo pertama di luar negara dibuka secara rasmi di Istanbul, Turkey

0
164
Kafe Tea Amo Istanbul Turkey

ISTANBUL – Kafe Tea Amo yang pertama di luar negara secara rasmi dibuka di pusat tumpuan pelancong di Sirkeci di sini, hari ini.

Menurut Presiden Kumpulan Malakat Eco, Coach Mohd Fadzil Hashim, selain menghidangkan minuman popular teh bebola Tea Amo, kafe tersebut yang berkonsepkan kafe turut menawarkan hidangan makanan.

Beliau berkata, antara makanan popular Malaysia yang dihidangkan ialah nasi minyak dan nasi goreng.

“Secara rasmi kita lancarkan Kafe Tea Amo Istanbul hari ini, terdapat pelbagai hidangan seperti nasi goreng, chicken chop dan lain-lain. Konsep yang kita bawa adalah sama seperti di Starbuck yang mana selain Tea Amo kita juga ada minuman berasaskan kopi, latte dan capucino,” katanya dalam majlis pra pelancaran Kafe Tea Amo Istanbul yang disiarkan secara langsung hari ini.

Dalam pada itu, Coach Fadzil berkata, sejak dibuka beberapa hari lalu, kafe tersebut telah dikunjungi pelanggan dari pelbagai negara.

Malah, katanya, terdapat juga pelanggan berulang yang gemar datang untuk menikmati hidangan disediakan di Kafe Tea Amo.

Sementara itu, Coach Fadzil berkata, pihaknya merancang untuk melebarkan lagi pasaran kafe tersebut dengan menyasarkan sebanyak 1,000 kedai.

“Tea Amo akan berkembang bersama Brainy Bunch yang di mana ada Brainy Bunch di situ ada Tea Amo. Menu kita sudah ada yang mana sama dengan di Bunch-Oh dan kita akan ubah suai mengikut negara berkenaan.

“Sasaran kita ialah 1,000 outlet. Untuk menu kita akan buat secara berfasa, kita ambil pengajaran daripada Starbuck yang bermula dengan minuman kopi dan selepas berjaya barulah mereka menambah menu lain.

“Untuk di Malaysia kita dalam proses untuk membuka Tea Amo di Kelantan dam dijangka dilancarkan sebelum Hari Raya Aidilfitri nanti,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, cawangan kedua Kafe Tea Amo di luar negara adalah di Bandung, Indonesia.

Beliau berkata, pada masa kini kerja-kerja ubah suai sedang giat dilaksanakan di kafe yang terletak dalam Transtudio Bandung itu.

Dalam pada itu, Coach Fadzil juga mengalu-alukan rakyat Malaysia yang berhasrat bekerja dan menimba pengalaman di Kafe Tea Amo di sini.

Katanya, mereka yang berminat boleh berhubung secara terus melalui messenger Facebook miliknya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here