Kelas bimbingan solat di Malakat Mall

0
15
Kelas bimbingan selama dua jam itu diadakan secara percuma di ruang legar Malakat Mall, Cyberjaya.

CYBERJAYA – Pusat beli belah Malakat Mall di sini menampilkan kelainan daripada pusat-pusat beli belah lain apabila menganjurkan kelas bimbingan solat secara percuma kepada anak-anak pengunjungnya.

Sepanjang kelas selama dua jam tersebut, anak-anak tersebut dibimbing untuk mengambil wuduk dengan sempurna, rukun solat yang sebetulnya, dan bimbingan bacaan dalam solat.

Menurut Ustaz Samsudeen Abd. Aziz, kelas tersebut merupakan salah satu daripada usaha Malakat Mall, selaku ahli Kumpulan Malakat Eco untuk mempermudahkan urusan ibu bapa.

“Ada ibu bapa yang ingin membeli belah tapi perlukan tempat untuk meninggalkan anak mereka buat sementara.

“Di sini, kami akan jagakan anak-anak tersebut disamping mengajar dan memperbetulkan ibadah solat mereka,” kata Ustaz Samsudeen, hari ini.

Katanya, ini adalah antara kelainan yang ada di Makalat Mall, yang mana kelas pengajian pengukuhan rohani, seperti pembetulan solat diadakan.

“Kita anjurkan secara percuma, kerana niat kita mahu mengajar dan memperbetulkan.

“Insya-Allah, pada masa akan datang, kita mubkin akan adakan kelas yang sama buat pengunjung dewasa juga,” tambahnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here