Kemukakan Borang Nyata Tahun Saraan 2021 mulai 1 Mac – LHDN

0
22

CYBERJAYA – Pembayar cukai boleh mula mengemukakan Borang Nyata Tahun Saraan 2021 dan Tahun Taksiran 2021 menerusi e-Filing mulai 1 Mac nanti.

Kata Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam satu kenyataan, kemudahan ini meliputi borang E, BE, B, M, BT, MT, P, TF dan TP.

LHDN pada masa yang sama turut menyarankan pembayar cukai supaya mengemukakan Borang Nyata dan membayar cukai pendapatan mereka dalam tempoh yang telah ditetapkan.

“Status penghantaran Borang Nyata, proses bayaran balik, e-Lejar dan PCB boleh disemak melalui MyTax,” kata LHDN.

Kesemua pembayar cukai turut dinasihatkan supaya memastikan semua dokumen seperti penyata pendapatan, resit, invois dan lain-lain dokumen berkaitan cukai pendapatan dikumpulkan, disusun dengan kemas dan disimpan dengan rapi sekurang-kurangnya untuk tempoh tujuh tahun seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 82 dan 82A Akta Cukai Pendapatan 1967.

“Ia perlu dilakukan sebagai persediaan untuk memudahkan proses mengisi e-Filing dan semakan pematuhan oleh LHDN pada masa hadapan,” kata kenyataan itu lagi.

Pembayar cukai yang masih menghadapi masalah dalam melakukan tindakan set semula kata laluan e-Filing, mereka boleh menghubungi Hasil Care Line atau mengunjungi kaunter perkhidmatan berhampiran.

Selain itu, maklumat lanjut berkenaan Program Memfail Borang Nyata Bagi Tahun 2022 boleh dirujuk di sini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here