‘Kepala Hotak Dia’ – tempelak Muhyiddin kepada Najib

0
500
Tan Sri Muhyiddin Yassin

MERSING – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas sikap Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak mempunyai langsung perasaan malu walaupun telah didapati bersalah oleh mahkamah di atas kes SRC International.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, adalah tidak logik apabila Najib yang juga bekas Perdana Menteri dan bosnya ketika masih bergelar Timbalan Perdana Menteri tidak tahu duit sebanyak RM42 juta masuk ke dalam akaunnya.

“Waktu saya ada kuasa sebagai Timbalan Perdana Menteri saya ada cakap tapi dia tak nak dengar, dia sapu bersih sampai sekarang masih turun naik (mahkamah) tapi masih belum habis kes SRC International yang mana Najib telah dihukum bersalah. RM42 juta masuk ke dalam akaun dia, mahkamah dah dapati dia bersalah hakim kata ‘national embarasment’, satu benda yang memalukan negara.

“Duit masuk dalam akaun peribadi dia. Najib ialah Prime Minister of Malaysia ada RM42 juta dalam akaun dia tapi dia kata tak tahu. Dia belanja dia tak tahu. Dia bayar banyak kredit kad, bayar Rosmah, bayar rumah dia. Kalau tak tau kenapa ambil? Dia kata itu CSR (program tanggungjawab sosial) dia. Kepala ‘hotak’ dia.

“Maaf terlanjur sikit tapi kadang geram. Dia bagi sikit pada org miskin. Sekarang dia ada di mana-mana saja seperti tak tahu malu,” katanya ketika berceramah dalam Pentas PN di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenggaroh hari ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu membidas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang disifatkan sebagai punca berlakunya Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Muhyiddin berkata, setiap kata-kata bekas Timbalan Perdana Menteri era Barisan Nasional (BN) itu juga langsung tidak boleh dipercayai.

Malah dakwanya, selepas beliau dilantik sebagai Perdana Menteri, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu pernah bertemunya untuk meminta campur tangan dalam kes mahkamah yang dihadapinya.

“Zahid datang ke rumah saya bawa satu fail bertimbun-timbun rupanya fail kes mahkamah dia. Dia minta saya tolong tapi saya kata kalau tak salah pergi mahkamah dan mahkamah akan bebaskan.

“Saya kata sorry, ini pendirian saya dalam mahkamah. Ia badan yang bebas jangan campur tangan dalam mahkamah. Proses mahkamah mesti berjalan. Kalau orang curi kelapa sawit pun akan kena denda, apa lagi berkaitan rasuah dan salah guna kuasa libatkan jutaan ringgit,” ujarnya.

Muhyiddin berkata, disebabkan itu Ahmad Zahid telah menyimpan dendam sehingga merancang untuk menjatuhkan kerajaan PN.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here