Kes Covid-19 melonjak melepasi angka 20,000 kes sehari

0
8
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Angka jangkitan kes Covid-19 terus melonjak naik dengan merekodkan lebih 20,000 kes hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, sebanyak 20,939 kes wabak Covid-19 sekali gus menjadikan jumlah kes kumulatif sebanyak 2,996,361 kes.

Katanya, sebanyak 0.56 peratus iaitu 118 kes yang dilaporkan adalah  kategori tiga, empat dan lima.

Jumlah selebihnya iaitu 20,821 kes daripada kategori satu dan dua.

Sementara itu, katanya, 5,181 kes adalah kategori satu, 15,640 kes adalah kategori dua, 95 kes adalah kategori tiga, 13 kes daripada kategori empat dan 10 kes daripada kategori lima.

Jumlah kes hari ini telah dijangkakan oleh KKM merujuk kepada gelombang varian Omicron yang menular di seluruh dunia.

Namun, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menjelaskan kadar pengambil dos penggalak turut dilihat meningkat sekali gus mampu mengawal keadaan negara yang dilanda gelombang Omicron.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here