Kes Covid-19 terus melonjak naik, 19,090 kes direkodkan hari ini

0
17
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Angka kes baharu Covid-19 terus melonjak tinggi dengan menghampiri 20,000 kes hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noorhisham Abdullah, sebanyak 19,090 kes dilaporkan hari ini.

Beliau berkata, pertambahan kes itu menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,975,422 kes.

“Daripada kes harian yang dilaporkan pada hari ini sebanyak 113 kes (0.59 peratus) adalah kategori tiga, empat, dan lima.

“Sebanyak 18,977 kes (99.41 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, bagi pesakit kategori satu adalah seramai 4,898 kes atau 25.66 peratus.

Bagi kategori dua pula 14,079 kes (73.75 peratus), kategori tiga 79 kes (0.41 peratua), kategori empat 28 kes (0.15 peratus) dan kategori lima sebanyak enam kes (0.03 peratus)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here