Kes harian Covid-19 di Jepun lepasi angka 20,000 semalam

0
7
Penularan mendadak Covid-19 di Jepun turut dikaitkan dengan kemasukan pelancong luar di beberapa wilayah negara itu.

TOKYO – Gelombang baharu penularan varian Omicron menyaksikan kes harian Covid-19 di negara ini meningkat kepada 21,576 kes semalam.

Peningkatan kes luar biasa di 18 wilayah itu menjadikan keseluruhan di negara matahari terbit itu melepasi jumlah kes tertinggi pada Jumaat lalu iaitu 17,000 kes.

Dalam pada itu, Tokyo juga melaporkan peningkatan kes pesakit Covid-19 yang perlu mendapatkan rawatan di hospital sebanyak 51.4 peratus

Pihak berkuasa sebelum ini memaklumkan perintah kecemasan akan dilaksanakan selepas angka kemasukan ke hospital melebihi 50 peratus namun ia dinilai semula bergantung kepada jumlah kes serius dan faktor lain.

“Kerajaan tidak akan mngumumkan perintah darurat namun orang awam diminta terus mengamalkan amalan pencegahan wabak berkenaan,” kata Ketua Setiausaha Kabinet Jepun.

Sementara itu, Jepun dilaporkan memulakan suntikan dos penggalak secara besar-besaran ekoran penularan varian Omicron dengan bantuan pihak tentera.

Pelaksanaan suntikan dos penggalak di Jepun baru-baru ini diperlahankan ekoran keputusan kerajaan untuk menjarakkan tempoh suntikan dos pertama kepada enam bulan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here