Kes harian Covid-19 lepasi angka 17,000

0
14
Dr. Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA – Jumlah kes harian Covid-19 dalam tempoh 24 jam yang lalu terus melonjak ke angka 17,134 berbanding 13,944 semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, peningkatan hampir 4,000 kes baharu itu menjadikan kes kumulatif Covid-19 negara kini berjumlah 2,956,332.

“Pada 9 Februari 2022, jumlah kes Covid-19 yang dilaporkan adalah 17,134 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,956,332 kes,” katanya dalam akaun Twitternya, hari ini.

Jumlah kes harian Covid-19 di Malaysia mula melepasi lima angka sejak Isnin lalu dipercayai susulan sambutan Tahun Baru Cina pada awal bulan ini.

Isnin lalu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar meramalkan kes harian Covid-19 meningkat sehingga 15,000 kes sehari ekoran gelombang Omicron.

Peningkatan kes itu katanya setara dengan peningkatan kes di seluruh dunia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here