
CYBERJAYA – Kes harian Covid-19 negara terus melonjak dengan 9,117 kes baharu dalam tempoh 2r jam yang lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes sejak penularan pandemik kini sebanyak 2,904,131 kes.
Menurut maklumat di laman COVIDNOW setakat semalam, sebanyak 11 lagi maut akibat wabak itu.
Daripada jumlah itu juga, sebanyak empat kes kematian Brought In Dead (BID).
Angka itu menjadikan jumlah kumulatif bagi kes kematian kini sebanyak 32,011 kes.