Kes harian Covid-19 melonjak ke angka 7,234 kes

0
54
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Kes baharu Covid-19 terus merekodkan pertambahan kes yang tinggi dengan merekodkan sebanyak 7,234 kes hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,895,014 kes.

Beliau berkata, sehingga setakat ini terdapat sebanyak 61,426 kes aktif di seluruh negara.

Katanya, sebanyak 87.6 peratus pesakit dikuarantin di rumah manakala 6.9 peratus berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Mengulas lanjut, katanya, sebanyak 5.4 peratus pesakit sedang mendapat rawatan di hospital.

Dr Noorhisham berkata, daripada jumlah yang menerima rawatan di hospital itu sebanyak 58 pesakit berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau berkata, baki seramai 56 pesakit lagi dirawat di ICU dengan bantuan pernafasan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here