Khairuddin dipecat daripada jawatan Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas

0
141
Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali

MARANG – Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dipecat sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas.

Presidennya Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, pengguguran jawatan Mohd Khairuddin itu berkuat kuasa semalam.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Pas berikutan masalah disiplin bekas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi.

“Oleh kerana pelantikan beliau (Mohd Khairuddin) (dalam) Majlis Syura (Ulama) oleh Jawatankuasa Pas Pusat, maka Pas Pusat membatalkan perlantikan itu.

“(Beliau) tak jadi Ahli Majlis Syura Ulama (kerana) nak jadi Setiausaha Majlis Syura Ulama mesti Ahli Majlis Syura, maka gugurlah (beliau) daripada Majlis Syura dan Setiausaha Majlis Syura.

“Beliau sekarang hanya ahli biasa dan pemecatan dibuat kerana masalah disiplin dan kita akan melantik individu lain bagi mengisi kekosongan itu,” katanya memetik laporan BH Online hari ini.

Bulan lalu, Ahli Parlimen Kuala Nerus itu digugurkan sebagai Ahli Jawatankuasa Pas selepas kira-kira dua bulan dilantik memegang jawatan itu.

Pada muktamar Pas ke-67 November tahun lalu, Mohd Khairuddin antara tiga pemimpin tertinggi parti yang dilantik semula menduduki ahli jawatankuasa bagi sesi 2021-2023 selepas tewas pada pemilihan parti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here