KKM sasar 70 peratus kanak-kanak terima suntikan vaksin dalam masa 2 bulan

0
4

PKhairy Jamaluddin Abu Bakar

KUALA LUMPUR – Sebanyak 3.6 juta atau 50 peratus kanak-kanak di negara ini termasuk yang berusia lima tahun akan menerima suntikan pertama vaksin Covid-19 menjelang akhir bulan ini.

Kementerian Kesihatan (KKM) mensasarkan sebanyak 70 peratus kanak-kanak berusia 7 sehingga 12 tahun akan menerima suntikan dalam tempoh dua bulan bermula hari ini.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, sejak pendafataran melalui MySejahtera dibuka semalam, sebanyak 15 peratus kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun didaftarkan.

“Ini adalah sesuatu yang amat baik dan saya yakin jumlah ini akan bertambah apabila program ini diperluaskan di sekolah,” katanya dalam sidang media Pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak (PICKids) hari ini.

Bagaimanapun Khairy berkata, kerajaan tidak mewajibkan suntikan vaksin jenis Pfizer itu kepada kanak-kanak sebaliknya menyerahkan kepada keyakinan ibu bapa untuk mendaftarkan anak-anak.

Katanya, penerimaan vaksin dalam kalangan kanak-kanak dapat melindungi golongan itu daripada risiko kesan radang yang pelbagai dan kesan jangka masa panjang Covid-19.

Katanya, sejak Januari lalu sebanyak 9,413 kes Covid-19 melibatkan kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun direkodkan di dalam negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here