Kompaun wartawan langgar SOP dibatalkan

0
36
Khairy Jamaluddin

SIMPANG RENGGAM – Kementerian Kesihatan (KKM) membatalkan kompaun yang dikenakan kepada seorang wartawan pada hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor atas dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pembatalan kompauan itu dibuat selepas meneliti laporan yang dikeluarkan oleh KKM kerana bukan disebabkan kesalahan wartawan akhbar Mandarin berkenaan.

“Saya sudah minta saman itu dibatalkan kerana sudah tengok balik laporan itu bukan salah dia.

“Saya beritahu pada penguat kuasa sekiranya wartawan buat kerja dan ini bukan salah dia maka tidak perlu dikompaun,” katanya pada sidang media selepas lawatan ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di Klinik Kesihatan Simpang Renggam hari ini.

Pada Sabtu lalu, seorang wartawan yang bertugas membuat liputan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dikenakan kompaun oleh KKM kerana dakwaan melanggar SOP.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here