Konflik Rusia-Ukraine: Baki 8 rakyat Malaysia sedang dipindahkan ke tempat selamat

0
8
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

CYBERJAYA – Kedutaan Besar Malaysia di Kyiv, Ukraine sedang dalam usaha untuk memindahkan baki lapan orang rakyat negara ini dan dua orang lagi ahli keluarga mereka dari negara bergolak itu.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sebelum ini 13 rakyat Malaysia telah meninggalkan Ukraine sejak beberapa minggu lalu susulan tercetusnya ketegangan antara Ukraine dan Rusia.

“Malaysia memandang serius konflik yang semakin meningkat di Ukraine dan mendesak kedua-dua pihak untuk menghentikan pertempuran itu bagi mengelakkan lebih banyak kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda.

“Dalam waktu yang sangat kritikal ini, setiap usaha perlu dipergiatkan bagi mengembalikan semula keamanan dan penyelesaian terhadap konflik ini menerusi dialog dan rundingan berdasarkan undang-undang antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, Malaysia akan terus menyokong sebarang usaha bagi memastikan keamanan dan keselamatan di rantau ini dan juga antarabangsa.

Sehubungan itu, beliau menggesa supaya Majlis Keselamatan PBB untuk menjalankan tanggungjawab mereka untuk memastikan keselamatan dan keamanan terus terpelihara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here