KPLB jalin kerjasama dengan Singapuran dalam pendidikan teknologi digital, kreatif

0
10
Mahdzir Khalid menyerahkan cenderahati kepada Masagos Zulkifli pada kunjungan hormat di bangunan KPLB, Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA – Malaysia akan memperkukuhkan jalinan kerjasama dua hala dengan Singapura dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar melalui pendidikan keusahawanan, teknologi digital dan teknologi kreatif.

Persefahaman itu dicapai hari ini menerusi kunjungan hormat Menteri Kanan Pembangunan Sosial dan Keluarga Singapura, Masagos Zulkifli kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid hari ini.

Pertemuan lebih sejam itu berlangsung di Bangunan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), di Putrajaya hari ini.

Pertemuan Mahdzir dengan Masagos dalam kunjungan hormat antara Malaysia – Singapura di bangunan KPLB, Putrajaya hari ini.

Selain bertukar pandangan dalam hal pembangunan sosial, turut disentuh Masagos dan delegasinya ialah rancangan mengukuhkan kerjasama sedia ada melibatkan kedua-dua negara.

Selain itu, Masagos Zulkifli yang juga Menteri Kedua Kesihatan dan Menteri Hal Ehwal Ugama Islam Singapura mengharapkan sektor pelancongan kedua-dua negara kembali rancak selepas Malaysia membuka sempadan antarabangsa bagi kemasukan pelancong asing terutamanya bagi sektor eko dan agro pelancongan serta pelancongan kesihatan.    
 
Beliau berada di Malaysia dalam rangka lawatan kerja rasmi selama tiga hari bermula hari ini.

Lawatan kerja rasmi ini bertujuan mengeratkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura yang  terjalin sejak 59 tahun yang lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here