KPM perhalusi isu beg sekolah berat

0
27
RADZI JIDIN

CYBERJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) sedang memperhalusi isu beg sekolah berat yang menjadi perbualan hangat pelbagai pihak baru-baru.

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, pihaknya sudah mengenal pasti beberapa punca kepada isu tersebut antaranya jumlah mata pelajaran, buku teks tebal dan murid membawa buku tambahan.

“Kami di KPM sedang merangka apa pendekatan terbaik (kerana) ia telah berlarutan sekian lama.

“Apakah pendekatan yang terbaik bagi pastikan isu ini diselesaikan sepenuhnya dengan memperincikan beberapa pendekatan,” kata Radzi kepada Bernama, hari ini.

Isu tersebut turut mendapat maklumbalas pelbagai pihak termasuk bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik; Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).

Rata-rata mencadangkan sukatan pelajaran dirombak serta penggunaan e-buku atau buku elektronik secara meluas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here