KTMB siasat punca lokomotif terbakar

0
22

CYBERJAYA – Pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sedang menyiasat insiden kebakaran melibatkan sebuah lokomotif Ekspres Rakyat Timuran no. 27, malam semalam.

Kata KTMB dalam satu kenyataan, insiden tersebut berlaku di Kilometer 490.50-491.00 antara Pasir Mas dan Tanah Merah.

Ketika kejadian, lokomotif itu membawa 180 penumpang dalam perjalanan dari Stesen Tumpat ke Kempas Baru.

Kata kenyataan itu lagi, kebakaran dapat dipadamkan pada jam 12.20 malam.

Insiden itu tidak melibatkan nyawa penumpang dan pemandu kerana ia hanya membabitkan bahagian enjin dan tidak merebak ke gerabak penumpang.

KTMB berkata, semua gerabak telah ditarik dengan lokomotif bantuan ke Stesen Pasir Mas, dan kesemua penumpang berjaya meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing pada pukul 2.46 pagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here