Lagi ibu dipenggal angkara dadah

0
37
Lokasi kejadian di mana seorang ibu maut dipenggal anak tirinya di Kampung Batu Machang, Gua Musang.

GUA MUSANG – Seorang ibu berusia 54 tahun ditemui maut dalam keadaan putus leher dipercayai dipenggal oleh anak tirinya dalam kejadian di Kampung Batu Machang, Jerek, dekat sini, semalam.

Mayat mangsa ditemui di rumah didiami bersama suspek selepas polis menerima laporan mengenai kejadian yang berlaku kira-kira 5 petang itu.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata,
susulan kejadian itu, seorang suspek berusia 39 tahun telah menyerah diri di Balai Polis Bertama selepas mengaku membunuh ibu tirinya dengan menggunakan sebilah parang.

Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati suspek merupakan seorang penagih dadah dan mengidap penyakit mental.

“Mayat mangsa ditemui dalam keadaan leher sudah terputus akibat tetakan senjata tajam.

“Siasatan masih dijalankan dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan kemudian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Choon Foo berkata, pemeriksaan juga mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkait kes curi motosikal dan kes pecah rumah.

Pada Januari lalu, negara dikejutkan dengan kejadian yang sama di Kampung Baru Pasir Penambang, Kuala Selangor apabila seorang ibu berusia 56 tahun maut dipenggal anak sendiri yang merupakan seorang penagih dadah dan positif ujian air kencing dengan methamphetamine dan amphetamine.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here