Lebih 50 peratus populasi dewasa telah terima dos penggalak

0
4

Gambar fail: Foto / FaridJanudin

CYBERJAYA – Seramai 12,157,974 orang atau 51.9 peratus daripada populasi dewasa di negara ini, telah menerima vaksin dos penggalak Covid-19 setakat semalam.

Berdasarkan data di laman web COVIDNOW, seramai 22,927,434 individu atau 97.9 peratus daripada populasi dewasa di negara ini sudah melengkapkan vaksinasi mereka, lapor Bernama.

Dalam pada itu, sebanyak 99.1 peratus atau 23,204,846 individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berumur antara 12 dan 17 tahun, sejumlah 2,789,988 individu atau 88.6 peratus daripada kumpulan itu sudah melengkapkan vaksinasi, manakala 2,868,262 individu atau 91.1 peratus sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 100,810 dos diberikan semalam meliputi 2,497 dos pertama, 2,603 bagi dos kedua manakala 95,710 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 63,743,710 dos.

Sementara itu, menurut portal Github Kementerian Kesihatan, lapan kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam dengan tiga di Perak, dua di Kedah manakala satu kematian masing-masing direkodkan di Johor, Kelantan dan Pahang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here