Lelaki bakar diri selepas alami masalah depresi meninggal dunia

0
126
Tangkap layar sebuah video yang menunjukkan seorang lelaki terbakar di hampir seluruh badan dalam satu kejadian di Kangar semalam.

KANGAR – Seorang lelaki yang melecur 96 peratus di bahagian badan selepas bertindak membakar diri dan keretanya di Kampung Syed Omar, Bintong di sini, semalam disahkan meninggal dunia hari ini.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintenden Wari Kiew berkata, mangsa, Chong Wee Seng, 28, sebelum itu berada dalam keadaan kritikal dan menerima bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.

“Mangsa disahkan telah meninggal dunia sebentar tadi,” katanya memetik laporan Utusan Online hari ini.

Terdahulu tular dua rakaman video yang menunjukkan seorang lelaki terbakar di seluruh badan sebelum diselamatkan orang ramai.

Difahamkan lelaki itu kecewa dengan teman wanitanya yang mempunyai kekasih baharu.

Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku di atas jambatan Kampung Syed Omar dan mangsa merupakan seorang pemilik kedai aksesori kenderaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here